Jul 26, 2011

somehow.... sy wajib memaafkan anda !

" kenapa kak ain berkawan dengan dia?kak ain tak tahu 'perangai' sebenar dia lagi taw" 

" semua saya je yang salah.kak ain je yang betul ! malas lah nak bercakap dengan kak ain lagi !" ( tapi esok-esok datang jugak bercakap dgn saya ^_^ )

wahai adik yang disayangi, 
bukan bererti saya 'menghentam' kamu tanda saya membenci kamu.
TIDAK!
bukan bererti saya tidak membenarkan kata-kata kamu saya egois.
TIDAK!
saya melakukan ini semua kerana saya SAYANG akan kamu.
sayangnya saya kepada kamu atas kecintaan saya kepada Allah swt.
saya tidak mahu kamu hanyut dalam 'keindahan' yang kamu cipta sendiri.
penuh hasad dengki.
saling benci membenci.
saling belakang membelakangi .

wahai adik yang disayangi,
saya tidak kisah andai selepas ini kamu membenci saya.
kerana saya hidup di dunia ini bukan mencari keredhaan manusia tapi keredhaan Allah swt.
dan saya tahu, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu ^_^
( dan saya dah 'resistance' dengan kebencian yang dicipta hasil bantuan syaitan laknatullah ! )

wahai adik yang disayangi,
bila orang berbuat baik kepada kita, maka balaslah dengan kebaikan juga.
bila orang berbuat jahat kepada kita, maka balaslah dengan kejahatan juga.
opss!!!! ..balaslah dengan KEBAIKAN juga ^_^
ingat tu....
buat apa kita berdendam dan mencipta sengketa?
apa yang kita dapat?
emas kah?
kereta besar kah?
rumah besar kah?
ahemm, cuba duduk sorang-sorang dan fikir sejenak~

kita kan seagama dik.
seorang muslim adalah saudara muslim yang lain, maka tidak boleh lah kita menzaliminya, menghinanya, mendustanya dan membelakangkannya.
dan sepatutnya, kita bergaul dan memperlakukan muslim yang lain selayaknya seperti saudara kita sendiri dengan kasih sayang, kecintaan, kelembutan dan sikap tolong menolong.
kita tak sempurna dik!
dan kita bukan bersifat MAKSUM ^__^

aduhai, entry kali ni dah macam entry yang lepas tu kan.
berbicara mengenai dengki dalam berukhwah .macam dah tak ada topik lain nak story.
tapi inilah realiti 'penyakit' yang tak putus-putus menyerang manusia.

wahai adik,
i work with ALL.
^__^
owh please, fahami saya!
saya mahu mencari kebahagian bukan 'kederitaan'.
kalau dia baik dengan saya selayaknya saya berbuat baik dengannya.kan?
orang berbudi kita berbahasa.
sebetulnya awak ada masalah dengan dia, selesaikanlah dengan dia, bukan mencari saya atau orang-orang lain dengan menyebar sengketa anda berdua. 
TAK SEPATUTNYA BEGITU~

belajar lah dik.
saya sendiri masih belajar menjadi 'manusia'.
masih banyak kurang dari  lebih.
dan saya tak mahu terus-terus menambah dosa.

wassalam.

p/s : bolehla saya tidur dengan lena........la tahzan~



No comments:

Post a Comment