Dec 2, 2011

Tragedy !



..homesickness..







With just less than a week for my homecoming..so many things have to happen..it makes me want to be home now, really.. T_T






..sob sob..

Nov 26, 2011

Stressed

TIRED

Can't help it.
My coursemtes are all stressed and they're making me stressed as well ~_~
Innalillahi waina ilahi rajiun.
To Allah we belong and to him we return.
Pray for me, thank you !

Nailofar
02.00 pm
26nov2011 / 30 zulhijjah 1432
Kolej
Terengganu Malaysia

Nov 7, 2011

You may be out of my sight but never out of my mind, I Miss You !

Mak
Abah
Angah
Fitri
Aidil

Hari-hari saya penuh dengan nama-nama di atas ni..

Saya rindu..

Plus bila exam, ' indahnya rindu '  dalam hati ni macam gambar bawah ni =)

Tranquility 
Saya tidak mengharap rindu ini dibalas cuma DOAkan saya berjaya di dunia dan akhirat. 
Sudah memadai, InsyaAllah~

Ufaa, 
Nurul Ain
03.10 pm, 11Zulhijjah1432 @ 07November2011
Kolej
Terengganu, Malaysia

Jul 28, 2011

Adab Makan dan Minum Mengikut Sunnah Nabi






Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi Muhammad s.a.w diutuskan sebagai pembawa rahmat (kebaikan) kepada sekalian alam. Nabi s.a.w banyak mengajarkan kita tentang cara hidup seharian yang bersendikan kepada 'aqidah dan ibadah', sejak kita mula bangun pagi, masuk tandas, makan dan minum, memakai pakaian, menaiki kenderaan, mula bekerja, pulang kerumah, berehat dan tidur.

Sukatan makan dan minum yang menjadi panduan hidup orang Mukmin adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang maksudnya : "Adalah kami para Nabi, kami tidaklah hidup kenyang."

Nabi s.a.w tidak makan sebelum baginda merasa lapar dan lebih dahulu berhenti sebelum sampai ke tahap kenyang atau merasa puas.

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat beberapa adab-adab makan dan minum cara Nabi s.a.w untuk menjadi panduan kita semua untuk mendapat keberkatan di sisi Allah s.w.t  dengan mengikut sunnah baginda.

Pertama : Membasuh tangan sebelum makan.
Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Keberkatan makanan itu ialah membasuh (tangan) sebelumnya (sebelum makan) dan membasuh selepasnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Turmudzi).

Dari Sayyidah Aisyah r. 'anha bahawa Rasulullah s.a.w apabila berjunub, maka baginda berwudhu' (seperti wudhu') untuk solat dan apabila baginda ingin makan baginda membasuh kedua tangannya (lebih dahulu).

Kedua : Membaca Bismillaah. (Bismillahirahmanirrahim)
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan : "Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu."
Dan apabila seorang masuk ke rumahnya , maka dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan : "Aku akan bermalam dengan kamu."
Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala makan, maka syaitan akan berkata : "Aku akan dapat bermalam dan makan malam (bersama kamu; kongsi makan)"
 (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi s.a.w telah bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda maksudnya : "Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah.."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketiga : Membaca do'a makan.
Sabda Nabi s.a.w, yang maksudnya :
"Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar.
maksudnya : Ya Allah, berkahilah rezeki  yang Engkau rezekikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa Neraka." (Hadis Riwayat Ibnu As-Sunni)

Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah satu do'a yang diajar oleh Nabi s.a.w. bila hendak makan: 'Allahumma barik lana fihi wa ath ighmna khairan minhu', maksudnya: "Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada makanan ini dan kurniakanlah kepada kami makanan yang lebih baik daripadanya."

Keempat : Makan dan minum dengan tangan kanan.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya."
 (Hadis Riwayat  Muslim).

Makruh makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri kerana ianya adalah di antara adat-adat syaitan dan sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti dia menyerupanya. Termasuk juga apabila kita mengambil lauk pauk di dalam majlis hendaklah menggunakan tangan kanan bukan  tangan kiri kerana adat melayu yang mengambil lauk tangan kiri (takut sudu kotor) adalah tidak ikut sunnah. 

Kelima : Makan makanan yang mengiringi (makanan yang terdekat)Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "..dan makanlah (dengan memulakan makan) makanan yang mengiringi engkau."
(Hadis Riwayat Bukhari).

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu menyebut nama Allah (dikala hendak makan) dan hendaklah setiap orang (mula) makan makanan yang mengiringinya."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Maksud makanan yang mengiringi adalah makanan yang terdekat kerana menjadi adab Islam mengutamkan makanan yang berdekatan daripada mengambil makanan yang berdekatan dengan rakannya. Selepas itu barulah ia mengambil makanan yang jauh sedikit daripadanya.


Keenam : Mula makan tepian bukan tengah.
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pingan (bahagian tengah), akan tetapi hendaklah dia memakan makanan daripada dahagian di sebelah bawahnya (tepi yang berdekatan dengannya) kerana sungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (kebawah)"
(Hadis Riwayat Abu Daud).

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya keberkatan itu turun ke bahagian tengah makanan, maka kamu makanlah daripada bahagian yang di tepinya (yang mendekatimu) dan janganlah kamu makan daripada bahagian tengahnya (puncaknya)"


Ketujuh : Duduk semasa makan.
Makan dan minum secara berdiri adalah bukan daripada adab Islam kerana Nabi s.a.w menunjukkan contoh makan dan minum baginda secara duduk.

Pada satu ketika Nabi s.a.w telah dihadiahkan sesekor kambing yang telah dimasak. Maka baginda turun makan secara berlutut. Tiba-tiba bertanya seorang Arab Desa kepada baginda. "Duduk apakah ini?". Maka baginda s.a.w menjawab : "Sungguhnya Allah telah menjadikan saya seorang hamba yang pemurah, dan Dia (Allah) tidaklah menjadikan saya seorang yang tidak kenal belas kasihan lagi keras kepala (derhaka)."
(Hadis Riwayat Abu Daud).


Kelapan : Makan dengan tiga putung jari.
Kaab bin Malik memberitakan : "Adalah kebiasaan Rasulullah s.a.w menjemput makanan dengan menggunakan tiga putung jari."
(Hadis Riwayat Muslim)

Menjemput makanan dengan kurang daripada tiga jari menunjukkan kesombongan, manakala  menjemput dengan lebih tiga putung jari pula menandakan buruk makan. Kerana bila makan roti, buah tamar atau kuih muih eloklah gunakan tiga putung jari. Tetapi jika makan nasi perlu menggunakan putung lima jari kerana bersesuaian dengan jenis makanan. Begitu juga makan bubur nasi , bubur kacang atau sop perlu menggunakan sudu pula.


Kesembilan : Tidak mencela atau mengaibkan makanan.
Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan bahawa : "Tiadalah sekali-kali Nabi s.a.w. mengaibkan makanan (yang dihidang), jika baginda berselera baginda memakannya dan jika baginda tidak ingin baginda meninggalkannya."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Perkataan mengaibkan atau merendah-rendahkan makanan itu seperti seseorang sedang makan ia berkata, "Makanan ini tawar ebar, masam rebam, masin perat, pedas gila, mentah dan sebagainya. Terutama ketika berbuka puasa.

Tujuan kata-kata itu bermaksud mencela makanan tersebut termasuk menyindir orang yang memasaknya kurang prihatin tentang rasanya. Jika ingin menegur pun eloklah secara hikmah untuk kebaikan akan datang dan bukan diucapkan semasa menjamu selera kerana boleh menjatuhkan maruah orang lain.


Nabi s.a.w pernah dijamu sejenis biawak padang pasir (dhabb), dikala baginda ditanyakan : "Adalkah dia haram?". Baginda menjawab ; "Tidak! Cuma dia tidak (hidup) di bumi kaumku, maka tidaklah seleraku untuk memakannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Juga sebagaimana terdapat dalam suatu kisah kaum ini (Quraisy) di kala ditanyakan Nabi s.a.w. : "Adakah binatang ini haram?" Maka baginda menjawab : "Tidak! Akan tetapi saya tidak menyukainya disebabkan baunya." (Hadis Riwayat Muslim)


Kesepuluh : Bercakap semasa menjamu selera.
Semasa makan para ulama menggalakkan bercakap mengenai kebaikan makanan, percakapan-percakapan baik dan kisah-kisah orang soleh sekitar makanan dan selainnya.

Semasa makanan berada dimulutnya jangan bercakap kerana perbuatan tersebut adalah buruk bila makan bersama orang lain. Kerana ditakuti makanan terhambur ke muka orang lain. Jika boleh semasa mengunyah hendaklah tidak berbunyi.


Kesebelas : Makan suapan terjatuh.
Jaabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya ; "Apabila suapan seseorang kamu terjatuh, maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharataan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir)"
(Hadis Riwayat Muslim)

Di galakkan memakan suapan (makanan) yang terjatuh, jika boleh dibasuh seberapa boleh dan makan semula. Jika makanan tersebut jatuh dan lantai tersebut agak kotor maka makanan tersebut diambil juga dan diberikan kepada haiwan dan jangan dibuangkan dan ditinggalkan kepada syaitan. Ini menunjukkan Islam cukup menbenci perbuatan menbazir dan tidak menghormati makanan. Nasi-nasi yang terjatuh di meja makan hendaklah dikutib dan dimakan semula kerana kita tidak tahu keberkatan  rezeki ada dibutiran mana nasi yang terjatuh.


Kedua belas : Tidak bernafas dalam bekas minum.
Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa, "Sungguh Nabi s.a.w melarang bernafas dalam bekas minum atau menghembuskan kedalannya."
(Hadis Riwayat Turmudzi)


Ketiga belas : Tidak makan banyak.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Orang Mukmin makan menggunakan sebuah perut, sedangkan orang kafir itu makan menggunakan tujuh buah perut" (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis yang lain Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Tiadalah wadah yang diisi anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya sendiri, dimana dia menyangka bahawa dengan beberapa suap makanan, maka punggungnya (kekuatannya) akan dapat tegak kembali. Seandainya dia terpaksa bersikap demikian juga, maka (isilah perutnya) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan yang sepertiga lagi (kosongkan) untuk pernafasan (bernafas)." (Hadis Riwayat Turmudzi)


Keempat belas : Larangan makan sambil meniarap.
Saalim meriwayatkan daripada sumber bapanya ; "Bahawa Nabi s.a.w melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk meniarap"
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Kelima belas : Jangan memerhatikan orang sedang makan.
Seseorang yang sedang makan bila diperhatikan akan menyebabkan tidak selesa.


Keenam belas : Menjempun para tetamu untuk makan : "Sila menjamu selera!" kepada para tetamu.
Rasulullah s.a.w bersabda : "Yang masih tinggal cuma saya dan engkau."
Abu Hurairah berkata ; " Benar tuan, wahai Rasulullah s.a.w"
Baginda berkata : "Sila duduk, sila minum!"
Maka saya duduk , lalu saya minum.
Maka baginda berkata lagi : "Minumlah!"
Lantas saya minum.


Ketujuh belas : Sesudah makan menjilat pingan dan jari.Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Sungguh kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.'
(Hadis Riwayat Muslim)

Malah Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya agar menyapu makanan dalam pingan (untuk dimakan) .

"Perbuatan Nabi s.a.w dimana baginda menjilat (dan menghisap) sisi-sisi makanan (serta memakannya) daripada tiga putung jari (yang menjemput makanan) sebelum lagi baginda menyapu jari-jarinya."
(Hadis Riwayat Musliam)



Kelapan belas : Larangan bangun meninggalkan makanan sehingga hidangan di angkat.Sabda Nabi s.a.w  bermaksud : "Apabila telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah seseorang bangun sehingga diangkatkan hidangan, dan janganlah dia menggerakkan tangannya (berhenti makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah kumpulan (bersamanya) selesai makan, dan hendaklah dia menunggu kumpulan itu, kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan merasa malu duduk (lagi), maka dia akan berhenti makan, dan barangkali dia masih perlu untuk makan."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Kesembilan belas : Memuji dan menyanjungi Allah.
Bila hidangan diangkatkan Nabi s.a.w memuji Allah s.a.w dengan do'anya : 
"Segala puji bagi Allah, sebagai pujian yang banyak, bagus dan diberkati. Kami tidaklah merasa cukup dengan seorang selain Engkau, kami tidaklah meninggalkan nikmat Engkau, dan kami tidaklah terkaya daripada kurniaan Tuhan kami."


Kedua puluh : Membasuh kedua tangan selepas makan.
Hadis dari sumber Salmaan r.a. telah pun di sebutkan berbunyi : "Keberkatan makanan itu ialah membasuh dua tangan sebelum dan sesudah makan."


Sahabat yang dikasihi.
Marilah sama-sama kita amalkan adab-adab makan dan minum yang diajarkan oleh Nabi s.a.w untuk menjadi peduman kita semua untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah baginda.



sumber : abubasyer, JZKK~

Jul 26, 2011

somehow.... sy wajib memaafkan anda !

" kenapa kak ain berkawan dengan dia?kak ain tak tahu 'perangai' sebenar dia lagi taw" 

" semua saya je yang salah.kak ain je yang betul ! malas lah nak bercakap dengan kak ain lagi !" ( tapi esok-esok datang jugak bercakap dgn saya ^_^ )

wahai adik yang disayangi, 
bukan bererti saya 'menghentam' kamu tanda saya membenci kamu.
TIDAK!
bukan bererti saya tidak membenarkan kata-kata kamu saya egois.
TIDAK!
saya melakukan ini semua kerana saya SAYANG akan kamu.
sayangnya saya kepada kamu atas kecintaan saya kepada Allah swt.
saya tidak mahu kamu hanyut dalam 'keindahan' yang kamu cipta sendiri.
penuh hasad dengki.
saling benci membenci.
saling belakang membelakangi .

wahai adik yang disayangi,
saya tidak kisah andai selepas ini kamu membenci saya.
kerana saya hidup di dunia ini bukan mencari keredhaan manusia tapi keredhaan Allah swt.
dan saya tahu, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu ^_^
( dan saya dah 'resistance' dengan kebencian yang dicipta hasil bantuan syaitan laknatullah ! )

wahai adik yang disayangi,
bila orang berbuat baik kepada kita, maka balaslah dengan kebaikan juga.
bila orang berbuat jahat kepada kita, maka balaslah dengan kejahatan juga.
opss!!!! ..balaslah dengan KEBAIKAN juga ^_^
ingat tu....
buat apa kita berdendam dan mencipta sengketa?
apa yang kita dapat?
emas kah?
kereta besar kah?
rumah besar kah?
ahemm, cuba duduk sorang-sorang dan fikir sejenak~

kita kan seagama dik.
seorang muslim adalah saudara muslim yang lain, maka tidak boleh lah kita menzaliminya, menghinanya, mendustanya dan membelakangkannya.
dan sepatutnya, kita bergaul dan memperlakukan muslim yang lain selayaknya seperti saudara kita sendiri dengan kasih sayang, kecintaan, kelembutan dan sikap tolong menolong.
kita tak sempurna dik!
dan kita bukan bersifat MAKSUM ^__^

aduhai, entry kali ni dah macam entry yang lepas tu kan.
berbicara mengenai dengki dalam berukhwah .macam dah tak ada topik lain nak story.
tapi inilah realiti 'penyakit' yang tak putus-putus menyerang manusia.

wahai adik,
i work with ALL.
^__^
owh please, fahami saya!
saya mahu mencari kebahagian bukan 'kederitaan'.
kalau dia baik dengan saya selayaknya saya berbuat baik dengannya.kan?
orang berbudi kita berbahasa.
sebetulnya awak ada masalah dengan dia, selesaikanlah dengan dia, bukan mencari saya atau orang-orang lain dengan menyebar sengketa anda berdua. 
TAK SEPATUTNYA BEGITU~

belajar lah dik.
saya sendiri masih belajar menjadi 'manusia'.
masih banyak kurang dari  lebih.
dan saya tak mahu terus-terus menambah dosa.

wassalam.

p/s : bolehla saya tidur dengan lena........la tahzan~



Renung-renungkanlah...

 
Perumpamaan bergaul dengan teman yang baik dan bergaul dengan teman yang jahat adalah seperti bergaul dengan pembawa minyak kasturi dan tukang peniup kapur.

Adapun pembawa minyak wangi boleh jadi akan merenjiskan wangian itu kepadamu atau engkau akan membeli  minyak wangi itu daripadanya atau kau akan terhidu bau wangi.

Sedangkan peniup api, dia boleh menyebabkan bajumu terbakar atau kau akan menghidu bau busuk daripadanya. ( HR Bukhari dan Muslim )

p/s : Oh Allah...aku mohon,jauhkan aku dari si busuk hati yang berada dekat dengan ku..(sesungguhnya aku manusia biasa dan sabarku juga ada batasnya~)



Jul 22, 2011

Di suatu hari yang sangat hening + pening.....






La Tahzan Ya Nurul Ain~

Jul 15, 2011

Uhibbuki Fillah



comel kan kartun ni ^_^

Uhibbuki Fillah yang bermaksud mencintaimu kerana Allah...
sedap bunyi nya kan?rasa macam syok sangat bila ada yang mengungkap perkataan tu pada kita.tapi, tak semua orang betul-betul faham erti itu sebenarnya.cuma pandai mengungkap tapi tak sampai jauh ke dasar hati.dan saya rasa mungkin sebab itu, sesuatu yang kita lakukan ada je kurangnya, silapnya sehinggan timbul perasaan CEMBURU dalam bersahabat . :'''( nak menangis rasa.....( conteng-conteng saya hari ni ialah cemburu dalam konteks bersahabat..bukan cintan-cintun ye ^_^ )

saya selalu beranggapan manusia seperti ini keliru dengan perasaan sendiri sebenarnya. 
" keliru?kenapa mesti keliru pulak?masing-masing dah besar panjang kan? ada akal atau dalam erti kata yang mudah 'otak' untuk berfikir "

ahaa...tak semua orang PANDAI menggunakan a.k.a.l yang dikurniakan dalam hidup seharian ^_^  MasyaAllah...saya takut !hari-hari saya berdoa agar tuhan tidak membolak-balikkan hati saya yang sememangnya masih jahil ini.huuuu~

" sesungguhnya mukmin itu bersaudara " ( al-hujaraat :10 )
berdasarkan firman kat atas ni, sudah terang lagi bersuluh yang kita ni sesama muslim bersaudara.tiada yang tertinggal.kita memerlukan antara satu sama lain.seharusnya kita harus belajar menyayangi sahabat yang ada di sekeliling kita.kena lah sentiasa backing up, supporting , understanding each other kan.ini tidak, kebanyakkan lebih suka menghentam sesama sendiri. best agaknya?? ahemm, tak pasti lah pulak saya~kalau stupor sikit, tak mahu kawan dengan dia.rutin biasa, umpat sana umpat sini.tapi yang hairan tu masih boleh berkawan baik pulak dengan orang yang diumpat.keluar makan bersama-sama.gelak bersama-sama. haihhhhh pelik !

tapi kan, orang-orang yang ada iman ni biasanya tak akan berasa cemburu kalau ada sahabat yang lebih bagus dari mereka.lebih cantik dari mereka, lebih pandai dari mereka atau jauh lebih hebat dari mereka. sebab mereka sedar bahawa ukhwah yang terbina adalah atas kehendak Allah.

kita bukannya 1oo % sempurna.contoh simple, kalau kita tak berapa pandai subjek matematik, mungkin sahabat kita yang pandai matematik akan membantu kita, melengkapi kekurangan kita.begitu juga sebaliknya dengan diri kita.betul tak? betul kan....kita ni hidup atas konsep saling lengkap melengkapi....bukan saling buang membuangi~

( haihhh...penat jugak menaip dengan penuh perasaan ni =) )

so, dalam apa jua keadaan..kesederhanaan itu penting ^_^ sesungguhnya kita dituntut bersederhana kan? masalah pun tak banyak datang ^_^tak kira la bersederhana dari segi apa asalkan hati kita tenangggggg.

Nasihat ini jelas-jelas untuk diri saya sendiri dan semua yang mempunyai sahabat.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya. "

ok ok^_^ jom kita perbetulkan niat kita dan banyakkan muhasabah diri.Mungkin selama ini,kita banyak berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain..peribadi ke..minat ke..anak orang kaya ke..atau macam-macam lagi lah..jom perbetul diri, istighfar berulang ulang kali

Ya Allah, peliharalah ukhwah kami ini.moga tiada hasat yang menyelinap jauh dalam hati kami. ameen!~

p/s : kawan-kawan, doakan saya supaya selalu dalam ketenangan :( uhibbuki fillah ! 

Jul 14, 2011

Pahit masam masin manis

Assalam
lama tak bertemu...
sihat? ^__^
entry kali ni bukan sesi luah meluah mcm selalu, tapi specially dedicated to sorang adik ni.
dirinya nampak begitu tidak tenang. sangat!


wahai adikku..
ketenangan itu datang dari Allah
kalau ketidaktenangan itu datang dari manusia,
selesaikan dahulu dengan manusia yang membuat kita tak tenang itu..
kalau ketidaktenangan itu akibat dari rasa bersalah pada sesuatu,
minta maaf dan perbetulkan salah.
kalau ketidaktenangan itu datangnya dari diri dan sikap kita sendiri..
muhasabah diri..
yang paling penting, ISTIGHFAR.
InsyaAllah akan banyak membantu menyucikan hati..
jika ada yang salah, maafkanlah.
jika ada rasa benci, jernihkanlah.
kerana...
ketidaktenangan hati adalah berpunca dari apa yang terkandung dalam hati kita sendiri..
ok dik ! kuat kuat kuat kuat.
akak sentiasa mendoakan awak dari jauh ( walaupun kita dekat ;p)


^_^ jaga diri. 


wassalam..


p/s : lepas baca, mesti senyum ye =)

May 24, 2011

:: banyak kurang dari lebih ::

Assalam.
tolong laaaa.tak ada semangat nak pergi kerja ni.

Ya Allah, kenapa Nurul Ain jadi macam ni? kenapa ya?
sebab...hati tengah bersedeh la.
aik!sedeh pasal apa pulak ni?
sedeh sebab..saya banyak kurang dari lebih!

........" carilah cinta DIA, insyaAllah kamu tak perlukan cinta yang lain "...... tolong saya !!

 ~nailofar~

Apr 8, 2011

rhendu

as salam, wah!usangnye blog saye.lame benar tak singgah kat sini,tak sempat.
actually malam ni, tak ade ape pun nak share cume nak bagitahu sy rindu giler kat mak, abah ngan adik2.hu hu hu :( 


nanti kalau dapat balik sy nak peluk diorang kuat-kuat ! !tapi, lambat lagi lah.sabar ain sabar!

nak menyelit sikit.akhir-akhir ni kan, sy tak tahu la kenape sy stress semacam.muka pun tak berseri-seri dah.balik dari ward,nak bercakap dgn roomate pon macam tak larat.kesian diorang tengok sy senyap dan sugul je.agaknye diorang nak tegur sy pon takut.dalam kepala ni macam2 kot sy fikir.sesuatu yg tidak boleh dikongsi bersama.dan sy cuma nak pesan kepada orang-orang yang berkenaan,tolong lah jangan busy body.sy tak suka.

"no matter what, try to stay happy and cool ain .eventhough sometimes you feel like a z.o.m.b.i.e. and you always have HIM ! the best comfort ever.

..nailofar~


Feb 5, 2011






 assalam..Frankly this is the 1st time i feel like to conteng2 in my blog (^^,) Alhamdulillah sy ade buku conteng sendiri!hee.terima kaseh pada aizat sebab tolong sy pagi-pagi buta lagi selesaikan masalah tak boleh nak daftar kat uncle google ni.Jazakallahu khairan kathira ye ;) Ahemm, sy mencari sesuatu. tak pasti ape -__- Harap-harap sepanjang perjalanan sy mencari ni, sy beroleh kesenangan dan ketenangan dengan izinNYA!ameen~ 

" Bila hari ini masih seperti kelmarin dimana harapan belum menjelma menjadi nyata, tetaplah tersenyum. Bukan beerti Allah swt mengabaikan doa-doa kita. Kita tahu Allah swt adalah zat yang maha mengabulkan doa hamba-hambanya~"
" Oleh itu wahai n.u.r.u.l.a.i.n, teruskan tersenyum okeh!( tapi jangan la tersenyum sampai orang sekeliling kata awak tak siuman pulak =p ) kerana setiap test yang Allah swt beri kepada awak tu tanda DIA sayang sangat kat awak! jangan pikir DIA pilih kasih atau sisihkan awak, JANGAN SAMA SEKALI! i warn u! syirik awak nanti~ ok ingat pesan mak, segerakan solat sebab orang yg melambatkan solat, lambatlah d.o.a dia nak 'sampai'...tunggu turn ^__^ terima kaseh mak for the thought! love u always..........